Tips ringkas penjagaan pendengaran!
(OCD alert! : Post ini tidak mengikut susunan) 1. Apabila memakai earphone/earplug, pastikan bunyinya tidak melebihi had yang mampu didengari anda. Tetapkan pada julat maksimum 60% sahaja tahap bunyi peranti anda. 2. Elakkan telinga basah!. Sentiasa pastikan telinga anda kering, jika baru lepas mandi, carilah pengering rambut atau kipas angin boleh laras untuk mengeringkan telinga anda. 4. Jika anda selalu memasang radio di dalam kereta, pastikan bunyi tidak terlalu kuat kerana kadangkala bunyi bising dari luar akan menyebabkan anda ingin menguatkan bunyi pembesar suara radio anda sekuatnya. 3. Jangan sesekali mengorek telinga anda, hatta menggunakan putik kapas sekalipun. Jika tahi telinga terlalu banyak, titiskan beberapa titik minyak zaitun untuk mengeluarkan tahi tersebut. (Fakta : Tahi telinga pandai keluar sendiri. Sama seperti tahi di saluran pencernaan) 5. Masih tidak keluar? Berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan mungkin mendapatkan ubat jenis "Soluwax...




