Tips mengatasi pori besar? Apa nk buat?

Image result for tips atasi pori besar
.
Liang pori besar bukan saja menjejaskan penampilan diri, malah boleh buat seseorang jadi stress sebab disamakan dengan kulit limau 😰
. 
Tapi, liang pori ni tak boleh lah tertutup terus nnt tersumbat pulak. If liang pori tersumbat, lagi banyak masalah lain yg timbul. 
.
Ada ke cara yg buatkan pori tampak lebih halus dan lebih flawless??
. 
Posting sebelum ni kita dah tahu ada 3 penyebab pori besar, iaitu kulit terlalu berminyak, aging process dan pori tersumbat. So, apa tips utk kecilkn size pori?
.
Saya share sedikit tips ringkas utk diamalkan yg dpt mengecilkan saiz pori:
. 
1. Cuci muka dengan cleanser 2x sehari. 
Cuci muka adalah basic rutin harian utk penjagaan kulit. Cuci muka pagi n malam dapat membersihkan wajah dr kotoran dan sebum pada pori skaligus dapat mngurangkan pori dari jelas kelihatan. 
.
2. Menggunakan gel-based cleanser. 
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, gunakanlah cleanser yg berasaskan gel utk mengawal minyak. Gel-based cleanser dapat membersihkan pori dari minyak sekaligus mengurangkan pori dari kelihatan. 
.
3. Scrub/exfoliator. 
Scrub/exfoliator juga bagus untuk membuang kulit mati, kotoran n sebum dari liang pori. Scrub/exfoliator disarankan 2 kali seminggu utk kulit berminyak. Terlalu kerap scrub juga tidak bagus kerana dpt mnyebabkan iritasi kulit, kulit menjadi kering serta menyebabkan pori kelihatan lebih besar. 
.
4. Moisturizer.
Penggunaan moisturizer secara regular dpt menghidrat serta melembutkan kulit. Selain itu penggunaan moisturizer akan menyebabkan sebum meresap ke dalam kulit berbanding hanya berada di pori. Oleh itu, ia tidak akan memblok pori skaligus tidak akan menyebabkan pori kelihatan lebih jelas kelihatan.
.
5. Clay mask. 
Penggunaan clay mask juga dapat membantu utk membuang sebum berlebihan dari pori. Ini dapat mengelakkan pori dari bertambah besar dan mengurangkannya dari jelas kelihatan. Tapi, jgn scrub dan guna clay mask pada hari yg sama. Ini kerana, sekiranya berlebihan dlm merawat kulit dapat menyebabkan iritasi kulit. 
.
6. Sunblock. 
Sunblock merupakan pelindungan penting utk kulit. Selain utk mengelakkan dari sunburn, ia juga penting mengelakkan tanda penuaan awal muncul (kedut halus, kendur, pigmentation). Seperti yg kita dah ketahui, pori besar ni adalah tanda2 dari penuaan. So cepat2 la cari sunblock ye! 
. 
7. Menanggalkan make-up sebelum tidur. 
Tidur dengan make-up semalaman dapat menyebabkan pori tersumbat akibat penumpukan make-up, oil, bakteria di dalam liang pori. Teknik double cleansing boleh digunakan utk kulit lebih bersih. Apa tu teknik double cleansing? 🤔
. 
8. Pemakanan sihat dan minum air bnyak. 
Haaa point ni adalah paling penting dan merupakan basic utk mendapatkan kulit yg sihat dan cantik... Apa skali masalah kulit, ni jugaklah solution nya! 
. 
Selain tips diatas, terdapat juga treatment2 di klinik yg boleh dilakukan utk mengatasi masalah pori2 besar ini antaranya microneedling, chemical peeling dan laser. Boleh minta nasihat doktor tentang rawatan yang sesuai dgn anda. 
. 
Towards healthy, radiant skin ✨

Comments