BEDUNG BAYI

Walaupun amalan bedung sudah wujud berabad lamanya, salah faham dan perdebatan tentangnya tak pernah surut. Mari jadikan artikel ini yang pertama dan terakhir untuk rungkai semuanya!


KATAKAN TIDAK KEPADA AMALAN BEDUNG BEGINI:
❓ Membedung hingga memaksa kaki bayi kekal lurus serta mengun
ci pergerakan kakinya. Amalan ini menyumbang kepada pembentukan tulang pinggul yang tak normal atau di sebut 'Hip Dysplasia' / 'Developmental Dysplasia of the Hip (DDH). Bahagian tulang yang menyambung pinggul ke peha manusia ibarat 'ball-and-socket joint' atau sambungan bola dan soket yang bermaksud, dalam keadaan normal, bola seharusnya muat elok dalam soket. Memaksa kaki bayi yang masih 'lembut' dan sedang dalam perkembangan untuk kekal lurus melalui teknik bedung yang ekstrem akan menyebabkan tulang pinggul bayi beralih kedudukan seiring masa. Anda BOLEH membedung menutupi kaki bayi atau tidak. TIADA MASALAH,asal anda pastikan kaki bayi ada ruang untuk membengkok dalam apa keadaan pun.

❓ Membedung dengan sangat ketat hingga menekan tulang dada bayi. Ia merisikokan bayi sukar bernafas akibat laluan udaranya menjadi sempit kerana 'di tekan' dan boleh menyebabkan kematian mengejut (SIDS: Sudden Infant Death Syndrome). Tip nya? Cuba seluk tangan anda ke dalam lipatan bedung pada bahagian dada bayi. Jika tangan berjaya di seluk selesa, ia bermakna ikatan bedung kemas dan tak terlampau ketat. Jika sebaliknya, longgarkan sedikit.

❓ Membedung longgar. Ini sangat bahaya. Bedungan yang longgar merisikokan bayi lemas bila kain bedung menutup bahagian muka atau berkumpul di bahagian lehernya. Ini juga boleh menyebabkan SIDS yang di sebut di atas. Malah, tujuan dan manfaat utama bedung iaitu membantu bayi tenang dan lena TIDAK akan di capai bila bedungan longgar. Maka, bersederhana. Usah terlalu ketat dan usah terlalu longgar.

❓ Membedung dengan tangan terkeluar. INI PALING PENTING. BACA DENGAN TELITI. ๐Ÿ”œReflek Moro adalah sangat AKTIF dalam semua bayi bawah 4 bulan. Apa itu reflek Moro? Bahasa pasarnya ialah reflek terkejut-terkejut. Kenapa? Kerana jutaan neuron-neuron dalam otak bayi kecil belum 'ditebat'. Ibarat wayar yang tiada penebat di bahagian luarnya, arus elektrik bagai memercik-mercik. Samalah halnya dengan wayar penghubung maklumat dalam otak bayi yang disebut neuron ini. Setiap isyarat maklumat yang berpindah antara neuron akan ibarat terpercik-percik lalu menyebabkan bayi kecil kerap terkejut dengan sendiri. Bayi memerlukan sekitar 4-6 bulan sebelum proses penebatan ini sempurna. Neuron di tebat oleh asid amino bernama myelin. Maka nama saintifik proses penebatan ini juga di gelar myelinisation. Maksudnya:

↪ Tiada apa yang ibubapa boleh lakukan untuk menghalang atau mengentikan reflek ini. Ia hanya boleh di minimumkan oleh bedung di mana bedung akan mengurangkan kesan sentakan dan bantu bayi tenang serta lena.

↪TANGAN bayi adalah bahagian yang menerima kesan sentakan paling banyak BERBANDING KAKI bayi. Maka, samada anda ingin membedung bayi penuh satu badan atau separuh badan, tangan bayi yang harus dipastikan 'dikunci', dan BUKAN kakinya. 'Kunci' tangan ini boleh dilakukan samada:

- Jika anda guna bedung MANUAL, pastikan tangan bayi berada di sisi badan. Kerana jika satu atau kedua tangan bayi dengan mudah terselinap keluar dari bedungan, sia-sia saja anda membedung. Bukan saja bedungan bakal longgar dengan cepat, malah senang pula tangannya tersentak.

- Jika anda guna bedung instant, zip atau pelekat, TIADA masalah jika tangan bayi tidak kekal disisi kerana zip atau pelekat pada bedung instant akan sentiasa memastikan tangan bayi anda kekal di dalam bedungan!.

Mudah saja kan bila dah faham? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Sumber utama:
The Happiest Baby Edu. Assc.USA

Comments