KAHWIN PJJ

BAGI pasangan yang PJJ (perhubungan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpisahan sementara. Demi diri, pasangan, keluarga dan kerjaya.

Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke KL tak lama selepas berkahwin. aku menghantar Suami ke TBS.

Aku tahu suami sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Suami ku nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.

"Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana," pujuk suamiku buat pertama kalinya.

Image result for long distance relationship

Aku mengangguk perlahan. Aku renung mata suami dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.

selepas menghantar suami ke TBS, aku berhenti di tepi jalan dan menagis sepuas-puasnya.

Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. aku tak dapat kawal perasannya. Aku lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya.

Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mencari nafkah. Dia nampak akur melepaskan aku pergi.

Namun, situasi kali ini agak berbeza.

Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, sumaiku mengulang ayat-ayat yang biasa di katakannya dalam dua tahun ini.

"Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. "

"Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa.."

"Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi.."

Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku.

dan.. hari berganti hari.. untuk tahun ke 4. kami masih berjauhan..

doa yang sentiasa mengiringi setiap kali solat.. "semoga ada rezeki untuk kita tinggal bersama-sama anak-anak"

Comments