Jangan Dera Warga Emas Di Hari Raya!



Image result for WARGA EMAS

Pasti ramai warga kota yang telah pulang ke kampung. Rumah atuk & nenek yang biasanya sunyi kembali ceria dan meriah dengan anak dan cucu 😍 

Satu peringatan untuk kita semua adalah “jangan dera dan susahkan warga emas” di hari raya ini.  Walaupun mereka tampak gembira, usah bebankan mereka dengan tugas tugas yang biasa dilakukan oleh pembantu rumah!

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dari datuk & nenek dari didera? 

✅ Bantu nenek di dapur untuk menyediakan juadah raya
✅ Pastikan tanggungjawab menjaga anak TIDAK di serahkan kepada mereka. 
✅ Hulurkan wang dan perbelanjaan untuk persiapan hari raya
✅ Saling membantu untuk melakukan tugasan di rumah (basuh baju, jemur kain, buang sampah, mengemas rumah, basuh pinggan) 
✅ Jangan tinggalkan rumah dalam keadaan “tongkang pecah” selepas sambutan hari raya.
✅ Didik anak anak untuk saling membantu, jangan hanya menghadap telefon dan gadget.

Kajian menunjukkan 1 dari 10 warga tua di Malaysia pernah didera dan diainaya secara fizikal, mental dan emosi dan kewangan.

Comments