MEE ROJAK AYAM

MEE ROJAK AYAM
****************************
Kredit resepi : Saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad via Group MAHN
Resepi untuk 3-4 orang
Bahan utk kuah:
1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
1 labu bawang merah besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
3sdb gula (secukup rasa)
2sd garam (secukup rasa)
1sd gula merah (secukup rasa)
500ml air (secukupnya)
Air asam jawa
** kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat..tak pekat sangat..
Bahan sampingan lain:
Ayam goreng
Cucur udang @ cekodok
Timun
Sengkuang
Taugeh
Tauhu goreng
Cili hijau besar
Telur ayam rebus
** semua bahan ni dihiris dan dipotong
Cara buat kuahnya:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan kacang yg dikisar, biskut marie yg dikisar.
Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.
Lepas tu biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.
Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak .rasa dh ckup boleh tutup api.(kuah ni agak manis ye, biasa makan rojak asma kan..lebih kurg mcm tu lah)

Comments