HALUSINASI
Halusinasi ialah persepsi yang seakan2 realiti walaupun tanpa sebarang rangsangan luar (external stimulus). Ia berbeza dengan mimpi, delusi atau ilusi.
Nak tau jenis-jenis halusinasi?
Lepas baca share terus.
1. Visual (penglihatan)
Pesakit nampak sesuatu yang hakikatnya tidak wujud. Ia boleh dibahagikan kepada, sama ada (1) sesuatu yang tiada bentuk contohnya warna, cahaya atau bayangan lembaga, atau (2) sesuatu yang ada bentuk nyata contohnya lembaga yang lengkap rupa, manusia, haiwan dan lain-lain.
Ia boleh disebabkan oleh masalah mental atau bukan masalah mental contohnya migrain, penyalahgunaan dadah dan alkohol.
2. Auditory (pendengaran)
Ini adalah antara halusinasi biasa yang dialami oleh pesakit, di mana pesakit mendengar sesuatu yang hakikatnya tidak wujud. Suara yang didengari itu boleh jadi neutral, memuji, mengkritik atau mengarah. Ia boleh juga hanya sekadar bunyi contohnya wisel atau mendengus.
Pesakit mungkin mendengar beberapa orang bercakap sesama sendiri, samada bukan berkaitan pesakit atau berkaitan pesakit, atau suara yang memberi arahan kepada pesakit melakukan sesuatu.
(Dengar orang bebel dan mengarah dalam dunia nyata pun dah sakit kepala dan stres, inikan pula dengar sesuatu yang tidak nampak di alam nyata)
Ia kerap berlaku dalam kalangan pesakit skizofrenia, dan boleh juga terjadi dalam masalah kesihatan yang lain.
3. Olfactory (bau)
Pesakit terhidu bau yang hakikatnya tidak ada, contohnya bau busuk, hancing atau asap kemenyan.
Ia boleh disebabkan oleh kerosakan lada saraf deria bau ataupun masalah kesihatan lain contohnya epilepsi.
4. Tactile (sentuhan)
Pesakit rasa mereka disentuh walaupun hakikatnya tiada contohnya perasaan sesuatu bergerak2 di atas kulit.
Ia boleh disebabkan oleh penyalahgunaan dadah atau masalah kesihatan tertentu.
5. Gustatory (rasa)
Pesakit merasa sesuatu walaupun hakikatnya tiada.
6. Somatic
Pesakit mengalami perasaan di mana tubuh mereka disakiti contohnya haiwan berbisa merayap pada masuk ke dalam tubuh.
.
Ada banyak lagi jenis halusinasi lain, namun 6 ini adalah yang biasa diketahui. Di antara 6 ini, auditory dan visual adalah yang paling biasa kita dengar daripada orang ramai.
Pesakit mungkin tidak akan ceritakan kepada anda, tetapi anda boleh lihat perubahan pada sikap dan hidup mereka contohnya murung, mendiamkan diri, sukar tidur, hilang berat badan secara mendadak, tiada mood sepanjang masa dan lain2. Peka dengan perubahan mereka, dan anda boleh selamatkan nyawa.
JANGAN ADA STIGMA KERANA MEREKA BUKANNYA GILA!
Bukan semua halusinasi ini berpunca daripada masalah mental, dan bukan juga disebabkan oleh kurang iman, solat, zikir dan mengaji. Walaupun beriman kepada perkara ghaib, ini tidak bermakna anda perlu terus berjumpa pengamal perubatan alternatif tanpa mendapatkan konsultasi doktor perubatan bertauliah.
JANGAN TERLEWAT HINGGA NYAWA MELAYANG, BERKALI-KALI!
Anda boleh walk-in, atau bawa ahli keluarga / kenalan anda, ke fasiliti kesihatan contohnya klinik kesihatan dan berjumpa dengan doktor di sana. Adukan masalah anda, dan jika perlu, doktor akan rujuk anda kepada pakar perubatan keluarga atau pakar psikiatri untuk siasatan dan rawatan lanjut, bergantung kepada punca yang dikenalpasti.
Pastikan share selepas baca agar lebih ramai orang dapat manfaatnya.
sumber :
Comments
Post a Comment